Makanan Berserat Tinggi

Makanan Berserat Tinggi

Mengapa Anda Perlukan Makanan Berserat?

Makanan berserat tinggi telah terbukti mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Disamping itu, makanan berserat tinggi dapat memastikan sistem penghadaman seseorang itu sentiasa sihat. Dapatkan informasi lanjut mengenai jenis-jenis makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Serat Permakanan (Dietary Fiber)

Serat Permakanan hanya didapati pada tumbuh-tumbuhan. Seperti fungsi rangka kepada manusia, Serat Pemakanan bertindak sebagai `rangka’ untuk tumbuh-tumbuhan dimana ia membantu mengekalkan bentuk dan struktur. Manusia tidak dapat menghadamkan serat. Oleh itu, serat akan melalui usus kecil hingga ke kolon dan ia membantu memastikan yang kolon akan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Permasalahan seperti sembelit dan kurang lawas kebanyakkannya disebabkan oleh kurangnya kandungan serat dalam pemakanan harian. Pakar pemakanan Tanya Zuckerbrot mendapati yang lebih dari 1 billion dollar US telah dibelanjakan setiap tahun untuk membeli ubat pelawas oleh mereka yang kekurangan serat dalam pemakanan harian.

Jenis-jenis Serat Permakanan

Serat Insoluble (Tak Serap Air) ialah sejenis serat pemakanan yang terdapat pada makanan yang mempunyai tahap serat yang tinggi seperti whole grain, kekacang keras (seperti kacang tanah) wheat bran dan sayur-sayuran. Kerana sifatnya yang tidak menyerap air, serat jenis ini dapat melancarkan pergerakan makanan melalui kolon dan akhirnya menghasilkan jumlah najis yang banyak. Serat jenis ini sangat berguna kepada mereka yang menhadapi masalah sembelit atau susah buang air besar. Serat jenis ini juga dapat mengurangkan risiko untuk seseoarang mendapat penyakit kencing manis.

Serat Soluble (Serat Penyerap Air) didapati dalam berbagai jenis makanan yang berserat tinggi seperti oat, jenis-jenis limau dan oren, epal, barli, phsyllium, flax seeds dan kekacang lembut (seperti kacang merah, kacang hijau). Serat jenis ini menyerap air dan mampu melembutkan najis, memudahkan proses membuang air besar. Ada jenis serat ini seperti beta clucan mampu `mengikat’ asid yang mengandungi kolesterol. Dengan menambahkan lagi serat jenis ini dalam pemakanan harian telah terbukti yang tahap kolesterol dapat dikurangkan ke paras yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>